Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
18,762 lagi positif, Kelantan catat rekod baru
Diterbitkan:  Sep 1, 2021 3:21 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 18,762 kes baru hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan setakat ini ialah 1,765,016 kes.

Lembah Klang terus menunjukkan pola penurunan jangkitan harian.

Bagaimanapun, keadaan di negeri lain masih membimbangkan, dengan Kelantan mencatat rekod baru untuk hari kedua berturut-turut.

Kes aktif: 265,274
Pesakit di ICU: 1,007
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 464

Pecahan setiap negeri:

Selangor (3,711)
Sabah (2,430)
Sarawak (2,414)
Johor (1,993)
Penang (1,762)
Kedah (1,585)
Kelantan (1,504)
Perak (899)
Pahang (715)
Kuala Lumpur (573)
Terengganu (506)
Melaka (309)
Negeri Sembilan (291)
Putrajaya (34)
Perlis (33)
Labuan (3)

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, banyak negari dan wilayah memiliki kadar positif ujian Covid-19 yang tinggi dari data terbaru yang tersedia pada 2 Ogos.

Ini menunjukkan bahawa terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan di tempat-tempat ini dan jumlah kes sebenarnya kemungkinan besar lebih tinggi, terutamanya di mana kadar positif ujian melebihi 10 peratus.

 


Kematian

Sebanyak 278 kematian Covid-19 telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan menjadi 16,942.

Daripada jumlah kematian terbaru, 65 meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Kluster

Sebanyak 1,494 daripada 4,773 kluster masih aktif. Ini termasuk 42 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Secara keseluruhan kluster-kluster ini menyumbang 1,708 (9.1 peratus) kes hari ini.

Daripada jumlah kluster baru, 22 diklasifikasikan sebagai kluster tempat kerja sementara 17 adalah kluster komuniti.

Acara keagamaan, fasiliti pendidikan, dan fasiliti pusat tahanan juga masing-masing dikaitkan dengan kluster baru.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS