Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
LRA Sg Semenyih henti tugas, gangguan bekalan air dijangka di 463 kawasan
Diterbitkan:  Aug 31, 2021 3:06 PM
Dikemaskini: 7:08 AM

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sungai Semenyih) akan dihenti tugas berikutan pencemaran bau.

Air Selangor berkata pencemaran itu dikesan di stesen pam air mentah Jenderam Hilir pada pukul 11.10 pagi tadi.

"Air Selangor sedang bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitar Sungai Semenyih.

"Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual," kata Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang Air Selangor dan aplikasi Air Selangor untuk senarai kawasan yang terlibat, katanya lagi.

Elina berkata lagi, Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air kecemasan kepada para pengguna yang terlibat.

"Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19.

Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas," katanya lagi.

Katanya lagi, perkembangan berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari masa ke masa dan pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor di media-media sosial serta talian 15300 (Pusat Perhubungan Air Selangor).

"Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS