Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
19,268 kes baru: 295 lagi korban
Diterbitkan:  Aug 30, 2021 3:16 PM
Dikemaskini: 12:41 PM

Sebanyak 19,268 kes baru Covid-19 direkodkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,725,357 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Lembah Klang mencatatkan penurunan kes harian dengan Selangor 3,567 kes dan Kuala Lumpur 672 kes.

Bagaimanapun, empat negeri lain mencatatkan lebih 2,000 kes iaitu Sabah  2,310 kes, Johor 2,265 kes, Sarawak  2,028 kes dan Kedah  2,084 kes.

Pulau Pinang pula merekodkan 1,780 kes, Kelantan 1,308 kes dan Perak 1,144 kes.

Sementara itu, 295 lagi kes kematian dilaporkan dengan jumlah keseluruhan korban 16,382 orang.

Daripada jumlah kematian ini, 53 kes 'brought in dead' melibatkan 39 warga negara dan 14 bukan warga negara.

Seramai 1,033 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 476 memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah 19,268 kes baru hari ini (30 Ogos 2021):

  • Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 95 kes, 0.5 peratus (87.4 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi)
  • Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 95 kes, 0.5 peratus (74.7 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi)
  • Kategori 3 (radang paru-paru): 209 kes, 1.1 peratus (78.5 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi)
  • Kategori 2 (gejala ringan): 9,715 kes, 50.4 peratus (76.7 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi)
  • Kategori 1 (tiada gejala): 9,154 kes, 47.5 peratus (75.3 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi)

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa Covid-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 2.1 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 dan 97.9 peratus kes pada kategori 1 dan 2. 

Didapati 76.1 peratus kes yang baru didiagnosa Covid-19 tiada/tidak lengkap vaksinasi. 

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh baru: 21,257 kes
  • Jumlah kumulatif kes sembuh: 1,443,262 kes (83.65%)
  • Jumlah kes baru Covid-19: 19,268 kes
  • Jumlah kumulatif: 1,725,357 kes
  • Jumlah kes aktif: 265,713 kes
  • Kes tempatan: 19,252 kes (16,662 WN ; 2,590 BWN)
  • Kes import: 16 kes (4 WN ; 12 BWN)
  • Jumlah kematian baru: 295 kes (261 WN ; 34 BWN)
  • Jumlah kumulatif kematian: 16,382 kes (0.95%)
  • Jumlah BID: 53 kes (39 WN ; 14 BWN)
  • Jumlah kes di ICU: 1,033 kes
  • Pesakit Covid-19 Intubated: 476 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 3,567 (599,624)
  • WPKL - 672 (172,236)
  • Sabah - 2,310 (145,249)
  • Johor - 2,265 (136,488)
  • Sarawak - 2,028 (114,273)
  • Kedah - 2,084 (97,100)
  • Negeri Sembilan - 269 (91,261)
  • Pulau Pinang - 1,780 (84,759)
  • Kelantan - 1,308 (76,047)
  • Perak - 1,144 (66,889)
  • Melaka - 395 (48,141)
  • Pahang - 788 (43,335)
  • Terengganu - 544 (32,884)
  • WP Labuan - 2 (9,808)
  • WP Putrajaya - 41 (5,373)
  • Perlis - 71 (1,890)


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS