Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas YDP Sabah Sakaran Dandai meninggal dunia lepas dijangkiti Covid-19

Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai meninggal dunia di Hospital Gleaneagles di Kota Kinabalu, awal pagi ini.

Perkara itu disahkan cucunya Ahmad Marzuki Nasir dan memaklumkan Sakaran, 91, meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi tadi.

"Sama-sama kita mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah," katanya menerusi kenyataan ringkas hari ini.

Sakaran Dandai (kanan)

Pada 18 Ogos lepas, Sakaran dimasukkan ke hospital itu kerana disyaki dijangkiti Covid-19, sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 25 Ogos.

Sakaran berasal dari Semporna berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002 dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah kelapan pada 1994.

Allahyarham memainkan peranan penting untuk Sabah dan negara khususnya, dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendidikan masyarakat serta menyebarluaskan kesusasteraan Islam.

Jasa Allahyarham amat dihargai sehingga menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2017.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS