Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
20,579 kes: 285 lagi kematian, lebih seribu pesakit di ICU
Diterbitkan:  Aug 29, 2021 3:25 PM
Dikemaskini: 1:06 PM

Sebanyak 20,579 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 1,706,089 kes.

Lembah Klang merekodkan penurunan kes dengan 4,591 kes di Selangor dan 680 kes di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, keadaan di negeri-negeri lain membimbangkan dengan banyak negeri mencatatkan kes empat angka.

Sabah melaporkan 2,578 kes baru, Johor 1,852 kes, Sarawak 2,522 kes, Kedah 1,755 kes, Kelantan 1,316 kes, Pulau Pinang 1,378 kes dan Perak 1,208 kes.

Sementara itu, 285 kematian lagi direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 16,087 orang.

Seramai 1,009 pesakit dirawat di ICU dengan 477 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Status ringkas:

  • Kes tempatan: 20,572 kes (17,106 WN ; 3,466 BWN)
  • Kes import: 7 kes (4 WN ; 3 BWN)
  • Jumlah kematian baru: 285 kes (240 WN ; 45 BWN)
  • Jumlah kumulatif kematian: 16,087 kes (0.94%)
  • Jumlah BID: 51 kes (30 WN ; 21 BWN)
  • Jumlah kes di ICU: 1,009 kes
  • Pesakit Covid-19 Intubated: 477 kes
  • Jumlah kes sembuh baru: 20,845 kes
  • Jumlah kumulatif kes sembuh: 1,422,005 kes (83.35%)
  • Jumlah kes baru Covid-19: 20,579 kes
  • Jumlah kumulatif: 1,706,089 kes
  • Jumlah kes aktif: 267,997 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 4,591 (596,057)
  • WPKL - 680 (171,564)
  • Sabah - 2,578 (142,939)
  • Johor - 1,852 (134,223)
  • Sarawak - 2,522 (112,245)
  • Kedah - 1,755 (95,016)
  • Negeri Sembilan - 329 (90,992)
  • Pulau Pinang - 1,378 (82,979)
  • Kelantan - 1,316 (74,739)
  • Perak - 1,208 (65,745)
  • Melaka - 636 (47,746)
  • Pahang - 839 (42,547)
  • Terengganu - 789 (32,340)
  • WP Labuan - 2 (9,806)
  • WP Putrajaya - 48 (5,332)
  • Perlis - 56 (1,819)


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS