Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azhar serah pada PM untuk kekalkan jawatannya atau tidak
Diterbitkan:  Aug 27, 2021 9:44 AM
Dikemaskini: 1:52 AM

Azhar Harun berkata dia menyerahkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memutuskan sama ada khidmatnya masih diperlukan sebagai Speaker Dewan Rakyat untuk persidangan sesi Parlimen akan datang atau sebaliknya.

“Saya menjadi Yang di-Pertua di atas ihsan majoriti Dewan Rakyat. Terpulanglah kepada Perdana Menteri yang memimpin majoriti Dewan sekarang ini untuk menentukannya,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Azhar menggalas tugas tersebut ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebagai menggantikan pendahulunya Mohamad Ariff Md Yusof, yang menyandang jawatan itu ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Pada 23 Ogos lalu, ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mengesahkan telah meletak jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Dalam satu webinar baru-baru ini dia mencadangkan supaya kerusi timbalan speaker yang dikosongkan itu patut diisi oleh pembangkang.

Katanya, langkah itu akan menjadi peluang terbaik untuk Ismail meneruskan agenda reformasi parlimen.

Sementara itu, Azhar berkata sepanjang menjalankan tugasnya dia telah melakukan sebaik mungkin mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya telah selama ini jalankan semua tugas saya mengikut Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan Persekutuan. Saya nafikan apa-apa tuduhan bahawa saya telah tidak berlaku adil kepada mana-mana pihak.

“Malah saya rasakan bahawa keadilan itu juga perlu diberi kepada saya sebagai Yang di-Pertua,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS