Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rekod 24,599 kes, jangkitan di negeri luar lembah Klang membimbangkan
Diterbitkan:  Aug 26, 2021 3:55 PM
Dikemaskini: 12:42 PM

Jumlah jangkitan baru kes Covid-19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi adalah 24,599 kes berbanding 22,642 kes, semalam.

Jumlah itu adalah angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lepas dan ini  menjadikan kes kumulatif terkumpul sebanyak 1,640,843 kes.

Tiga negeri mencatatkan paras tertinggi hari ini, semuanya di luar Lembah Klang. Negeri-negeri itu adalah Sabah, Pulau Pinang dan Johor.

Sabah mencapai paras tertinggi 3,487. Ia juga adalah hari ketiga berturut-turut yang menyaksikan kes di negeri tersebut melebihi 3,000.

Sementara itu, Johor buat kali pertama mencecah 2,000 kes, ia mencatatkan tahap tertinggi pada 2,785 kes.

Pulau Pinang juga mencatatakan tahap tertinggi pada 2,078, ini kali kedua jangkitan baru di negeri itu melebihi 2,000 kes.

Berikut adalah pecahan setiap negeri (kumulatif):

Selangor - 6,936 (579,732)

Sabah - 3,487 (134,517)

Johor - 2,785 (128,666)

Pulau Pinang - 2,078 (77,852)

Sarawak - 2,024 (105,072)

Kedah - 1,538 (89,027)

Kelantan - 1,312 (71,083)

Perak - 1,170 (62,537)

Kuala Lumpur - 881 (168,705)

Pahang - 690 (40,519)

Terengganu - 567 (30,324)

Negeri Sembilan - 526 (89,980)

Melaka - 515 (46,252)

Perlis - 67 (1,589)

Putrajaya - 20 (5,197)

Labuan - 3 (9,791)

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan bahawa daripada jumlah 22,642 kes baru hari ini,hanya 2.7 peratus berada dalam kategori 5, 4 dan 3 yang dianggap kritikal.

Berikut pecahannya:

Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 345 kes, 1.4% (89.6% tiada/tidak lengkap vaksinasi)

Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 118 kes, 0.5% (83.1% tiada/tidak lengkap vaksinasi)

Kategori 3 (radang paru-paru): 197 kes, 0.8% (81.2% tiada/tidak lengkap vaksinasi)

Kategori 2 (gejala ringan): 12,550 kes, 51% (79.7% tiada/tidak lengkap vaksinasi)

Kategori 1 (tiada gejala): 11,389 kes, 46.3% (80.7% tiada/tidak lengkap vaksinasi)

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa jumlah kematian hari ini adalah sebanyak 393 kes membabitkan 294 warga negara dan 99 bukan warga negara.

Status Terkini #Covid-19, 26 Ogos

Jumlah kes sembuh baru: 22,657 kes

Jumlah kumulatif kes sembuh: 1,359,791 kes (82.87%)

Jumlah kes baru: 24,599 kes

Jumlah kumulatif: 1,640,843 kes

Jumlah kes aktif: 265,841 kes

Kes tempatan: 24,591 kes (19,712 WN ; 4,879 BWN)

Kes import: 8 kes (2 WN ; 6 BWN)

Jumlah kematian baru: 393 kes (294 WN ; 99 BWN)

Jumlah kumulatif kematian: 15,211 kes (0.93%)

Jumlah BID: 100 kes (50 WN ; 50 BWN)

Jumlah kes di ICU: 990 kes

Pesakit Intubated: 487 kes

Berdasarkan data terkini, nilai kebolehjangkitan CovidD-19 atau R-Naught (Rt) Malaysia semalam adalah 1.02 dengan negeri yang mencatatkan nilai Rt tertinggi ialah Sarawak dan Perlis iaitu 1.22 diikuti Sabah 1.21 dan Pulau Pinang 1.12.

Negeri-negeri yang mencatat nilai Rt di bawah 1 pula adalah Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Negeri Sembilan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS