Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda Bersatu gesa hadkan penggal PM, wujudkan akta lompat parti
Diterbitkan:  Aug 26, 2021 12:52 PM
Dikemaskini: 5:58 AM

  • Dikemas kini dengan berita penuh.

Pemuda Bersatu (Armada) berharap kerajaan memperkenalkan akta antilompat parti dan membataskan penggal khidmat perdana menteri.

“Menilai segenapnya, mewakili Armada, adalah diharapkan juga agenda reform yang pernah ditawarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti akta lompat parti, penggal perdana menteri dan beberapa hasrat perubahan institusi lainnya yang dikemukakan menjadi 'menu' bersama dan katalis kepada kemajuan demokrasi tanah air.

“Sekali gus slogan ‘Menang Bersama; yang dilaungkan selama ini berada pada letak duduknya bertepatan citra ‘Keluarga Malaysia’,” kata Ketua Penerangan Armada Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.

Dia sebelum itu mengulas pertemuan pemimpin pembangkang dengan Ismail malam tadi.

Kata Ashraf , langkah itu adalah manifestasi hasrat penyatuan yang didakwanya pernah dimangkin oleh perdana menteri sebelum ini Muhyiddin Yassin.

“Tindakan ini sekali gus wajar dilihat sebagai inisiatif yang akan mencetus kesinambungan kejayaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang digagaskan Tan Sri Mahiaddin Yassin serta kabinet Perikatan Nasional sebelum ini yang mendirikan batu asas (PPN), selaku jalan keluar untuk memperkasa hidup dan juga kehidupan dengan tekad membantu agenda pemulihan dan membangun kembali cabang sosioekonomi serta kesihatan yang saban hari, kini telah menampakkan kejayaannya,” katanya.

Katanya, perbezaan politik wajar diketepikan apatah lagi sekiranya barisan eksekutif yang bakal diketengahkan perdana menteri bebas daripada kes-kes mahkamah.

“Namun jika langkah perdana menteri kelihatan songsang, tidak hairan jika ini mampu mencetuskan kembali kecelaruan sepertimana yang dilakukan oleh segelintir pimpinan Umno dan Pakatan Harapan serta blok pembangkang lainnya sebelum ini.

“Dalam pada tindakan mereka yang semata-mata sekadar mahu menjatuhkan kerajaan atas kesumat politik dan demi menyelamatkan diri dari kes-kes salah laku, tanpa sedikit pun menawarkan sebarang solusi kerjasama demi rakyat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS