Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jakoa gesa k'jaan hantar guru ke perkampungan Orang Asli
Diterbitkan:  Aug 25, 2021 6:24 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menggesa Kementerian Pendidikan untuk menghantar guru ke perkampungan Orang Asli, menurut timbalan ketua pengarah pembangunan jabatan itu, Mohd Zamri Mustajap.

Bercakap dalam webinar sempena Hari Orang Asal Sedunia sebelum ini, Zamri berkata gesaan itu disebabkan jurang yang dihadapi pelajar di sana.

"Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan telah digesa untuk memobilisasi guru di perkampungan Orang Asli, memandangkan murid tiada kemudahan seperti akses internet dan peranti untuk kelas dalam talian.

"Usaha ini dibuat dengan kerjasama antara Jakoa dan guru," katanya dalam webina yang dikendalikan Program Pembangunan PBB (UNDP) Malaysia.

Awal tahun ini, Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) Yusri Ahon telah menggesa agar guru dikerahkan ke perkampungan Orang Asli sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia bagi memastikan pelajar tidak tercicir dalam pembelajaran, seterusnya melebarkan lagi jurang akademik dengan pelajar di bandar, katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Selain itu, Mohd Zamri juga membangkitkan faktor kecelikan digital - dalam kalangan murid dan ibu bapa Orang Asal - sebagai masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Baca: Jangankan nak beli data, makan pun susah, keluh ibu


"Mereka perlu belajar sendiri bagaimana cara menggunakan platform digital ini.

"Akses pendidikan terhadap murid Orang Asli (boleh dijamin) dengan cara membekalkan peralatan yang diperlukan dan pengetahuan teknologi matlumat yang asas," katanya.

Katanya lagi, ia boleh dilakukan dengan menyediakan akses internet di kawasan pedalaman, membekalkan peranti digital dan meningkatkan pengetahuan berkenaan teknologi maklumat di kalangan pelajar dan ibu bapa.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS