Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perancis dijangka tawar dos ketiga vaksin Covid-19 bulan depan

GLOBAL | Warga emas Perancis mungkin akan diberikan suntikan tambahan atau booster untuk vaksin Covid-19 mulai September, kata Menteri Kesihatan Oliver Veran pada Isnin.

Veran berkata kementerian sedang menunggu keputusan akhir daripada badan khas yang ditugaskan untuk menilai mengenai dos tambahan itu, lapor agensi Anadolu.

“Dos ketiga mungkin akan disyorkan bagi mereka berusia 65 tahun ke atas bermula awal bulan depan,” katanya.

Lebih 80 peratus rakyat Perancis telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejak Julai lalu Perancis telah digegarkan dengan tunjuk perasaan besar-besaran golongan antivaksin.

Perancis mewajibkan orang ramai menunjukkan jadual vaksinasi atau hasil ujian Covid-19 sebelum dibenarkan masuk ke tempat awam, termasuk kafe, restoran, lapangan terbang, perkhidmatan kereta api, dan muzium.

Secara purata, Perancis merekodkan lebih 15,000 kes baru setiap hari, tetapi angka kematian menunjukkan trend penurunan ketara.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS