Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5 negeri catat rekod baru, lebih 3,000 kes di Sabah, 211 kematian
Diterbitkan:  Aug 24, 2021 3:12 PM
Dikemaskini: 12:36 PM

Sebanyak 20,837 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 1,593,602 kes.

Kes di Lembah Klang terus berada bawah paras 6,000 untuk dua hari berturut-turut.

Bagaimanapun, keadaan di negeri-negeri lain terus memburuk.

Lima negeri mencatatkan angka tertinggi hari ini, iaitu Sabah, Penang, Johor, Kelantan dan Perlis.

Di Sabah pertama kali angka mencatatkan lebih 3,000 kes. Pulau Pinang mencatatkan angka lebih 2,000 untuk kali pertama.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 di Malaysia hari ini:

  • Pesakit sembuh: 18,613
  • Kes baru: 20,837
  • Kes aktif: 262,713
  • Pesakit perlu rawatan ICU: 1,063
  • Pesakit perlu bantuan pernafasan: 511
  • Kematian : 211 

Kebanyakan kes (10,839 kes - 52 peratus) dikesan menerusi pengesanan kontak, manakala 2,054 kes (9.9 peratus) menerusi kluster.

7,922 kes lagi (38 peratus) dikesan menerusi saringan lain, manakala baki 22 kes adalah kes import.

Kematian

211 kematian yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 setakat ini kepada 14,533 orang.

Seramai 42 pesakit yang meninggal dunia hari ini tidak memiliki sebarang penyakit kritikal lain.

Seramai 40 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital - kes tertinggi dilaporkan di Pulau Pinang (11) dan Johor (10).

Kematian hari ini dilaporkan di Johor (41), Selangor (36), Kedah (32), Pulau Pinang (23), Sabah (17), Perak (16), Negeri Sembilan (12), Kuala Lumpur (10), Pahang (9), Terengganu (5), Melaka (3), Kelantan (3), Perlis (2) dan Sarawak (2).

Kluster

Terdapat 34 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 1,446 kluster.

Daripada jumlah itu, 22 adalah kluster tempat kerja, diikuti dengan sembilan kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS