Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelajar di Kelantan dijangka terima vaksin bermula September

Kerajaan negeri Kelantan dijangka akan memulakan suntikan vaksin Covid-19 kepada pelajar sekolah yang layak bermula pertengahan September ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, ia akan membabitkan pelajar berusia 17 tahun dan ke atas.

"Kita membuat perancangan untuk vaksin pelajar sekolah berusia 17 tahun ke atas bermula pertengahan September ini," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang itu berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Abdul Azziz Kadir (PAS - Jelawat) di Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu di Kelantan hari ini.

Dr Izani berkata, Kelantan dijangka mencapai imuniti kelompok pada akhir September atau pertengahan Oktober ini sekiranya bekalan vaksin diterima seperti dijadualkan.

Menurutnya pada bulan depan (September) sebanyak 700,000 dos vaksin dijangka diterima dan kerajaan negeri juga memohon tambahan vaksin sebanyak 200,000 dos daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

"Setakat Sabtu lalu, jumlah individu yang disuntik vaksin bagi dos pertama adalah sebanyak 54 peratus dan dos kedua 34.4 peratus.

"Ini kerana semakin ramai rakyat negeri ini yang mahu vaksin selepas melihat rakyat kita yang menerima vaksinasi selamat," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS