Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Noor Hisham galakkan orang ramai pakai pelindung muka
Diterbitkan:  Aug 24, 2021 8:06 AM
Dikemaskini: 12:06 AM

Kerajaan hanya mewajibkan orang ramai memakai satu pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan Covid-19, namun Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengesyorkan pemakaian pelindung muka sebagai langkah tambahan.

Noor Hisham sebelum ini menggalakkan orang ramai memakai pelutup muka berganda.

"Kita perlu menggunakan pemakaian pelindung muka yang praktikal, yang boleh dihasilkan dan diedarkan dengan cepat.

"Ini harus dimasukkan sebagai sebahagian strategi untuk mengurangkan penularan dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Noor Hisham, ketika tampil di khalayak ramai juga memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka.

Langkah itu diambil berikutan kemunculan varian Covid-19 yang lebih berbahaya dan lebih  mudah menular.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini memetik maklumat daripada Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat yang memaklumkan pemakaian pelitup muka berganda boleh meningkatkan perlindungan daripada jangkitan Covid-19.

Ini melibatkan memakai pelitup muka kain di bahagian luar dan pelitup muka pembedahan di bahagian dalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS