Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan Kelantan gesa henti sebar berita negatif bantutkan usaha tangani Covid-19

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap penyebaran berita-berita negatif di media sosial yang boleh membantutkan usaha kerajaan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Titah baginda berkenaan hal tersebut dibacakan oleh Ahmad Yakob selaku menteri besar Kelantan semasa istiadat pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang ke-14 2021, hari ini.

Baginda meminta supaya rindakan yang boleh menyebabkan konflik dihentikan.

"Hentikanlah gerakan yang boleh mendatangkan banyak konflik, yang boleh menambah kesulitan dan kesusahan kehidupan.

"Apa juga polemik dan konflik yang tercetus akan menjejaskan penumpuan kepada penyelesaian masalah pandemik dan perkembangan ekonomi, sosial, keagamaan dan lain-lain dalam masyarakat," titahnya.

Sementara itu, menurut Sultan Muhammad V, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM33.52 juta pada tahun lepas dan RM18.77 juta pada tahun ini untuk membantu rakyat yang terjejas dari segi kewangan akibat wabak Covid-19.

"Langkah segera kerajaan beta membelanjakan sebanyak RM33.52 juta pada tahun 2020 dan RM18.77juta pada tahun 2021 bagi membantu rakyat yang mengalami kemerosotan kewangan dan terjejas ekonomi akibat penutupan aktiviti ekonomi sepanjang tempoh wabak Covid-19 ini.

"Ini adalah tindakan yang tepat seperti sumbangan Pakej Rangsangan Ekonomi, Bantuan Keperluan Asas Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), Inisiatif Tunai Penjaja dan Peniaga Kecil, Bantuan Usahawan Kelantan serta pelbagai lagi inisiatif yang telah memberikan manfaat secara terus kepada rakyat," titah baginda.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS