Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sejumlah 19,807 kes Covid-19 baru, yang merupakan penurunan kali pertama di bawah paras 20,000 dalam tempoh lima hari.
Namun, perlu diingat bahawa kes Covid-19 yang dilaporkan lebih rendah pada hari Ahad dan Isnin kerana angka tersebut berasal dari data yang dikumpulkan pada hujung minggu.
Kuala Lumpur mencatatkan penurunan di bawah 1,000 untuk pertama kalinya sejak 19 Julai.
Bagaimanapun, trend yang membimbangkan di luar Lembah Klang berterusan, dengan Sabah, Kedah, Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan mengatasi Kuala Lumpur dari segi jangkitan baru.
Selangor kekal sebagai penyumbang utama jangkitan baru.
Kes baru mengikut negeri:
Selangor (5,379)
Sabah (2,638)
Kedah (1,948)
Sarawak (1,772)
Pulau Pinang (1,501)
Johor (1,391)
Kelantan (1,196)
Kuala Lumpur (999)
Perak (703)
Pahang (598)
Melaka (558)
Terengganu (534)
Negeri Sembilan (508)
Perlis (54)
Putrajaya (24)
Labuan (4)
Kematian
Sebanyak 232 orang meninggal dunia setakat hari ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 14,168.
Kematian tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu 94 orang. Johor pula menunjukkan kadar yang ketara iaitu 64.
Kes kematian lain ialah di Sabah (16), Kuala Lumpur (15), Kedah (11), Kelantan (9), Pulau Pinang (8), Perak (5), Melaka (3), Negeri Sembilan (3), Terengganu (2), Sarawak (1) dan Pahang (1).
Kluster semasa
Sementara itu 1,436 daripada keseluruhan 4,442 yang direkodkan masih aktif. Ia adalah pertambahan 119 kluster berbanding seminggu lalu.
Untuk hari ini ada 24 kluster baru dikesan dengan separuh daripadanya dari tempat kerja, manakala 11 adalah jangkitan komuniti.
Berikut adalah butiran kluster tersebut:
Jalan Istimewa Lapan
Kategori: Tempat kerja
Negeri : Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah dijangkiti: 44 daripada 100 yang disaring
Industri Jalan Haji Manan Kluang
Kategori: Tempat kerja
Negeri: Johor
Daerah: Kluang
Jumlah dijangkti: 17 daripada 26 yang disaring
Jalan SME Satu
Kategori: Tempat kerja
Negeri: Johor
Daerah: Kulai
Jumlah dijangkiti: 10 daripada 52 yang disaring
Dermaga Halaman Timur
Kategori: Tempat kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah dijangkiti: 8 daripada 22 yang disaring
Jalan TDB Satu
Kategori: Tempat kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah
Jumlah dijangkiti: 24 daripada 124 yang disaring
Industri Lot Tujuh
Kategori: Tempat kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah
Jumlah dijangkiti: 21 daripada 210 yang disaring
Industri Jalan Elkay Utama
Kategori: Tempat kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Jasin
Jumlah dijangkiti: 39 daripada 1,650 yang disaring
Jalan Jinjang Aman
Kategori: Tempat kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Kepong
Jumlah dijangkiti: 10 daripada 11 yang disaring
Tapak Bina Jalan Gelugor 2
Kategori: Tempat kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Prai Utara
Jumlah dijangkiti: 59 daripada 74 yang disaring
Dataran Satria Perwira
Kategori: Tempat kerja
Negeri: Negeri Sembilan
Daerah: Tampin
Jumlah dijangkiti: 52 daripada 84 yang disaring
Perusahaan Tupai 15
Kategori: Tempat kerja
Negeri: Perak
Daerah: Larut, Matang dan Selama
Jumlah dijangkiti: 9 daripada 31 yang disaring
Industri Jalan Lundang
Kategori: Tempat kerja
Negeri: Kelantan
Daerah: Tumpat dan Kota Bharu
Jumlah dijangkiti: 8 daripada 13 yang disaring
Kampung Machang Gochoh
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Mas
Jumlah dijangkiti: 5 daripada 11 yang disaring
Kampung Durian Kudung
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Bachok
Jumlah dijangkiti: 20 daripada 45 yang disaring
Kampung Padang Tengah
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Kota Bharu
Jumlah dijangkti: 15 daripada 20 yang disaring
Kampung Pauh Temangan
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Machang
Jumlah dijangkiti: 27 daripada 53 yang disaring
Perumahan Jalan Padang Tembak
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Kota Bharu dan Tanah Merah
Jumlah dijangkiti: 20 daripada 29 yang disaring
Semada
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Serian
Jumlah dijangkiti: 58 daripada 80 yang disaring
Sungai Penyarai 2
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Tatau dan Bintulu
Jumlah dijangkiti: 57 daripada 101 yang disaring
Kampung Matang Lot
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Kuching
Jumlah dijangkiti: 21 daripada 100 yang disaring
Kampung Lintang Baru
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Serian
Jumlah dijangkiti: 62 daripada 92 yang disaring
Kampung Sungai Kabuk
Kategori: Komuniti
Negeri: Pahang
Daerah: Cameron Highlands
Jumlah dijangkiti: 13 daripada 213 yang disaring
Kampung Penangah
Kategori: Komuniti
Negeri: Sabah
Daerah: Tongod
Jumlah dijangkiti: 36 daripada 120 yang disaring
Jalan Besar Pulau Meranti
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang
Jumlah dijangkiti: 26 daripada 53 yang disaring.