Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ucapan awam pertama Ismail Sabri sebagai PM petang ini
Diterbitkan:  Aug 22, 2021 1:00 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Perdana menteri yang baru dilantik Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucapan kepada negara hari ini pada jam 5.30 petang ini melalui siaran langsung, lapor Astro Awani.

Ia akan menjadi ucapan awam pertamanya setelah dia mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada pukul 2.30 petang semalam.

Terdahulu, Kosmo melaporkan bahawa Ismail Sabri tiba di bangunan Perdana Putra untuk memasuki Pejabat Perdana Menteri sekitar jam 10.55 pagi.

Hari pertamanya di pejabat termasuk persiapan untuk ucapan pertamanya sejak dilantik untuk memimpin kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Bera itu mengambil alih jawatan perdana menteri dari Muhyiddin Yassin, yang merupakan presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional.

Muhyiddin digulingkan setelah 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan kepada kerajaan gabungannya yang terdiri daripada PN (Bersatu, PAS, STAR, SAPP, Gerakan), BN (Umno, MCA, MIC, PBRS), GPS (PBB, PRS, PDP SUPP), PBS dan ahli parlimen bebas.

Namun, 14 daripada 15 ahli parlimen Umno kembali menyokong gabungan itu setelah disepakati bahawa Ismail Sabri akan mengambil alih jawatan perdana menteri dengan sokongan 114 ahli parlimen.

Ismail Sabri, 61, adalah timbalan perdana menteri ketika pentadbiran Muhyiddin dan akan menghadapi cabaran memerangi wabak Covid-19 yang telah menyaksikan 13,936 kematian setakat ini.

Dia juga menggalas tugas menerajui usaha memulihkan ekonomi yang terjejas teruk susulan wabak itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS