Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Beberapa pemimpin PN dilihat di ibu pejabat gabungan
Diterbitkan:  Aug 22, 2021 12:59 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Sekumpulan pemimpin Perikatan Nasional dikatakan mengadakan pertemuan hari ini selepas Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia petang semalam.

The Star melaporkan bahawa beberapa pemimpin tertinggi gabungan itu dilihat memasuki ibu pejabat gabungan di Publika seawal 10 pagi tadi.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khairudin antara yang dilihat memasuki bangunan itu sebelum pertemuan itu.

Majlis Tertinggi Bersatu bertemu di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi di tengah spekulasi bahawa pertemuan itu adalah untuk membincangkan jawatan timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin - salah seorang calon yang dispekulasikan menjadi timbalan Ismail Sabri - menyifatkan mesyuarat itu hanya sebagai taklimat.

"Mesyuarat itu hanya untuk menjelaskan beberapa perkara.

"Apabila situasi seperti itu muncul, kami hanya ingin menjelaskan mengenai peristiwa krisis politik dan isu-isu semasa, itu saja yang kami lakukan," kata Hamzah kepada wartawan malam tadi.

Dia mengulangi bahawa Ismail Sabri mendapat sokongan Bersatu dan rakan-rakannya di Perikatan Nasional.

Pemimpin politik lain yang menghadiri mesyuarat Bersatu malam tadi termasuk Presiden Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu, Ahli Majlis Tertinggi Azmin Ali, Redzuan Mohd Yusof, dan Ketua Wanita Rina Harun.

Hubungan antara Umno dan Bersatu keruh berikutan penarikan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri oleh sekumpulan ahli parlimen Umno.

Hubungan itu dilihat belum pulih sepenuhnya dengan pemimpin Umno dan Bersatu membuat kenyataan bertentangan mengenai sama ada pentadbiran baru itu masih merupakan kerajaan PN atau tidak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS