Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
22,262 kes baru, lebih 1,000 di KL, 8 negeri
Diterbitkan:  Aug 21, 2021 3:20 PM
Dikemaskini: 11:46 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 22,262 kes baru Covid-19 setakat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini kepada 1,535,286 kes.

Selain Selangor dan Kuala Lumpur, negeri lain yang mencatatkan lebih 1,000 kes baru adalah Sabah, Sarawak, Kedah, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan.

KKM juga memaklumkan sebanyak 223 kematian lagi direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 13,936.

Daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan 77 kematian, Sabah (27), Kedah (23), Pulau Pinang (20), Kuala Lumpur (18), Melaka (18), Johor (14), Negeri Sembilan (11) , Perak (7), Pahang (5), Sarawak (2) dan Putrajaya (1).

Seramai 1,035 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 513 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 32 kluster baru dikesan, menjadikan jumlah kluster aktif kini adalah sebanyak 1,435.

Secara keseluruhan, 18,374 kes (82.5 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. 

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (7011)
  • Sabah (2651)
  • Sarawak (1964)
  • Kedah (1880)
  • Johor (1558)
  • Pulau Pinang (1459)
  • Kuala Lumpur (1220)
  • Kelantan (1039)
  • Perak (946)
  • Melaka (882)
  • Pahang (664)
  • Terengganu (495)
  • Negeri Sembilan (405)
  • Putrajaya (41)
  • Perlis (38)
  • Labuan (9)

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS