Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JKJAV: 38 peratus populasi negara lengkap 2 dos vaksin

Sebanyak 38 peratus atau 12,408,803 populasi negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, seramai 17,961,600 orang atau 55 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) kini sebanyak 30,370,403 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 483,855 dos diberikan semalam dengan 155,030 adalah dos pertama manakala 328,825 merupakan dos kedua.

Pick dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS