Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis sedia bantu KKM isu penjualan Ivermectin

Polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata isu penjualan ubat berkenaan berada di bawah KKM mengikut Akta Racun 1952.

“Kita akan bantu kalau ada laporan daripada pihak KKM tentang adanya sindiket (penjualan Ivermectin), maka kita akan jalankan siasatan," katanya selepas melakukan lawatan kerja rasmi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan promosi penjualan Ivermectin sebagai ubat yang didakwa mampu menyembuhkan jangkitan COVID-19 semakin agresif di pasaran gelap serta media sosial.

Dalam perkembangan lain, beliau sekali lagi meminta rakyat untuk tidak membuat sebarang spekulasi, hasutan atau menularkan perkara tidak benar berhubung situasi politik negara kerana ia mampu mengancam keamanan negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS