Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan gangguan seksual: Pendakwah terkenal selesai beri keterangan
Diterbitkan:  Aug 19, 2021 3:24 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Seorang pendakwah terkenal tampil memberi keterangan kepada pihak polis di Bukit Aman hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual yang diadukan kepada pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Abdul Jalil Hassan, berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Abdul Jalil juga menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus.

"Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan polis," katanya

Sementara media melaporkan, pendakwah dan pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terkenal itu menyifatkan perkara berkenaan adalah fitnah yang kejam serta melampau.

"Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

"Saya serahkan kepada polis untuk siasatan. Ini satu fitnah yang sangat kejam dan melampau," katanya seperti dilaporkan Kosmo! selepas selesai memberi keterangan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS