Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Pengerusi Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman menyangkal dakwaan pasukan pembelaan Najib Razak bahawa dia terbabit salah laku dalam kes rasuah membabitkan dana kekayaan negara bernilai RM2.28 bilion.

Saksi pendakwaan kesepuluh itu menafikan pendapat peguam bela, Muhammad Shafee Abdullah bahawa dia melakukan salah guna kuasa dengan membenarkan pemindahan AS $ 250 juta dari 1MDB ke Aabar Investment PJS Limited pada tahun 2014.

Sebelum ini dalam pernyataan pembukaan oleh pihak pendakwaan pada awal perbicaraan rasuah membabitkan Najib dua tahun lalu, dikatakan tertuduh bersetuju agar anak syarikat 1MBD, 1MDB Energy Holdings Ltd, memperoleh dua pinjaman berjumlah AS$ 1.225 bilion dari Deutsche Bank Singapura.

Pihak pendakwaan berkata ia membabitkan pinjaman penyambung sebanyak AS$250 juta dan pinjaman kemudahan sebanyak AS$975 juta

Pinjaman tersebut didakwa dijamin dengan jaminan yang diberikan oleh 1MDB Energy dan 1MDB Langat.

Pinjaman pertama berjumlah AS$ 250 juta didakwa diberikan pada 26 Mei 2014. Dari jumlah ini, sejumlah AS $ 239,939,970 didakwa dibayar ke akaun 1MDB Energy Holdings Ltd dengan Falcon Bank Hong Kong pada 28 Mei 2014.

Daripada jumlah itu, Energy Holdings membayar Aabar Investments PJS Ltd BVI sebanyak USD175 juta ke akaunnya di BSI Lugano, Switzerland yang dikatakan sebagai sebahagian menebus pilihan yang diberikan sebagai jaminan tambahan yang disebut dalam fasa kedua. 

Ketika perbicaraan, Hazem memberitahu telah menandatangani perjanjian antara 1MDB Energy Holdings Limited dan Aabar Investments Limited pada 28 April 2014, yang dikaitkan dengan pemindahan AS $ 250 juta itu. Perjanjian itu ditandakan sebagai Exhibit P77A.

Najib berdepan empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion.

Semasa perbicaraan hari ini, Shafee mendakwa Hazem melakukan banyak kesalahan jenayah dengan menandatangani perjanjian tersebut, dengan alasan bahawa saksi melakukannya tanpa kebenaran jelas dari Najib.

Najib juga merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB. 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).

Shafee: Dengan membuat P77A, kamu telah melakukan dua kesalahan serius, salah satunya adalah CBT (pecah amanah jenayah) di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Ini adalah pecah amanah oleh pengarah (1MDB) seperti kamu. Apa yang kamu boleh katakan untuk itu?

Hazem: Saya tak setuju.

Shafee: Kamu telah menjejaskan dana syarikat.

Hazem: Saya tidak setuju.

Shafee: Kamu telah melakukan pengubahan wang haram, bukan anak guam saya (Najib), dengan menyamarkan hasil aktiviti haram dan mengeluarkan dana dari Malaysia kepada entiti asing.

Hazem: Saya tidak setuju.

Shafee : Kamu melakukan salah guna kuasa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB. Kamu membolehkan dan memudahkan salah guna kuasa AS$ 250 juta untuk keuntungan (ahli perniagaan) Jho Low dan konspirator lain.

Hazem: Saya tidak setuju.

Shafee: Kamu menandatangani P77A atas kapasiti sebagai ejen, dan kamu tahu perjanjian itu akan digunakan untuk memudahkan penyelewengan.

Hazem: Saya tidak setuju.

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS