Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muda cabar keenganan bekas menteri benarkan rayuan pendaftaran parti

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini menarik balik permohonan semakan kehakiman untuk memaksa bekas Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin membuat keputusan berhubung rayuan untuk mendaftarkan parti politik itu secara rasmi.

Semakan kehakiman oleh 13 penaja Muda sebelum ini dibuat terhadap Hamzah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atas kegagalan dan kelewatan membuat keputusan berhubung rayuan berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan itu akan memfailkan tindakan undang-undang baru bagi mencabar keputusan bekas menteri itu pada 12 Ogos lalu.

Peguam Muda membuat permohonan menarik balik semakan kehakiman semasa prosiding dalam talian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Ketika dihubungi selepas prosiding dalam talian hari ini, peguam Muda, Lim Wei Jiet mengesahkan penarikan tindakan undang-undang tersebut.

"Kami menarik diri tanpa perintah kos, kerana menteri telah buat keputusan.

"Apa yang kami minta dari mahkamah adalah memaksa menteri untuk membuat keputusan. Yang mana dia telah lakukan. Oleh itu, permohonan (semakan kehakiman) telah menjadi akademik.

"Kami akan mengemukakan satu lagi permohonan untuk mencabar keputusan menteri yang menolak rayuan Muda untuk didaftarkan sebagai parti," kata Lim.

Ketika dihubungi petang ini, peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi mengesahkan keputusan prosiding mahkamah dalam talian hari ini.

Hanir mewakili menteri dan ROS, dua responden dalam semakan kehakiman berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS