Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
LANGSUNG: Konsensus untuk hentikan 'politik lama' - Anwar

Yang di Pertuan Agong akan bertemu semua pemimpin parti pada pukul 2 petang hari ini, susulan peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ikuti laporan langsung Malaysiakini mengenai perkembangan itu.


4.30 pm - Sekian laporan langsung kami. Laporan oleh Vivian Yap, Jade Tan, Louis Cham.

Gambar oleh Mukhriz Hazim. Kemas kini media sosial oleh Wan Irdina.

Sekiranya anda menyukai laporan kami, sokong media bebas dengan menyertai program langganan versi bahasa Inggeris portal kami. Perinciannya di sini.


4.15 pm - Difahamkan semua yang hadir dalam pertemuan itu telah pulang semasa media bercakap dengan Anwar.

Ahli parlimen diberi masa sehingga jam 4 petang esok untuk memilih perdana menteri pilihan mereka dengan menulis surat kepada Yang di Pertuan Agong


4 pm - Pemimpin Pakatan Harapan keluar dari Istana Negara.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim memberitahu media bahawa terdapat konsensus di antara pemimpin parti yang hadir untuk "menghentikan politik lama".

"Kita akan jurus semula ke arah yang baru. Bukan hanya isu melantik perdana menteri baru.

"Lebih penting lagi seperti yang ditegaskan oleh Yang di Pertuan Agong dan Wakil Agong, adalah mewujudkan bentuk politik baru yang lebih aman dan harmoni," katanya.


3 petang - Ahli Parlimen Sepanggar Aziz Jamman mengatakan Warisan akan menyokong Anwar Ibrahim sekiranya presiden PKR itu mampu meraih sokongan yang cukup.

"(Tetapi kami) berharap Pakatan Harapan akan memberikan hak kepada (presiden Warisan) Shafie Apdal untuk menolak jika Anwar gagal memperoleh jumlah sokongan yang cukup (111)," tambah ketua pemuda Warisan itu melalui ciapan Twitter.


1.58 pm - Lebih ramai pemimpin parti politik tiba di istana, termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Borneo Post melaporkan bahawa GPS akan menghadiri pertemuan hari ini dengan Agong secara maya.


1.45 pm - Antara pemimpin politik yang tiba adalah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Astro Awani melaporkan bahawa Bersatu akan diwakili oleh setiausaha agungnya Hamzah Zainuddin, dan bukannya presiden parti Muhyiddin.


1.30PM: Menurut sumber, Agong dijangka bertemu dengan semua pemimpin parti serentak dan bukannya satu per satu.

Ketika ini tidak dapat dipastikan apakah akan ada hasil mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri dari pertemuan ini.

Semua ahli parlimen telah diarahkan untuk menulis surat kepada istana dan memilih perdana menteri pilihan mereka menjelang jam 4 petang esok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS