Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS, Umno dan Bersatu masing-masing adakan mesyuarat khas
Diterbitkan:  Aug 16, 2021 5:19 PM
Dikemaskini: 9:19 AM

Beberapa parti politik mengadakan mesyuarat khas susulan perkembangan politik negara, hari ini.

Anggota Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan wakil-wakil rakyat PAS mengadakan perjumpaan khas.

"Ya, ada perjumpaan khas (wakil rakyat PAS)," katanya ringkas.

Perkara sama turut disahkan Anggota Parlimen Tumpat daripada parti itu, Che Abdullah Mat Nawi. Dia bagaimanapun dia tidak dapat hadir kerana masih menjalani kuarantin kendiri.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah perkenan menerima peletakkan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta anggota kabinetnya.

Ia selepas anggota Parlimen Pagoh itu hilang majoriti sokongan sekali gus menyaksikan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri 'caretaker' atau sementara sehingga perdana menteri baru dilantik.

Sementara itu biro politik Umno turut mengadakan mesyuarat, petang ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dijangka bagi membincangkan hala tuju parti.

Dalam perkembangan sama Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan memaklumkan majlis pimpinan tertinggi parti itu turut mengadakan mesyuarat secara dalam talian, petang ini.

"Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga sedang bermesyuarat atas talian mengenai langkah seterusnya. Ahli-ahli Bersatu diseru bertenang dan memberi kepercayaan kepada pimpinan.

"Saya jangka timbalan presiden akan membuat pengumuman setelah keputusan dicapai," katanya dalam kenyataan media.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS