Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak rasional PM baru dari PN juga - Sivakumar
Diterbitkan:  Aug 16, 2021 5:08 PM
Dikemaskini: 9:08 AM

Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar berpendapat tidak rasional untuk memilih mana-mana pemimpin daripada kalangan Perikatan Nasional (PN) sebagai perdana menteri baru menggantikan Muhyiddin Yassin.

"Kegagalan ini bukannya kegagalan Muhyiddin Yassin sahaja. Malah, tanggungjawab ini harus dipikul secara kolektif oleh keseluruhan kabinet Perikatan Nasional.

"Oleh yang demikian, penggantian Muhyiddin Yassin dengan muka baru dari kalangan PN adalah tidak rasional,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebaliknya, pemimpin DAP itu menegaskan bahawa PN harus berundur dan memberi jalan kepada pimpinan baru untuk mengambil alih kuasa pentadbiran negara ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima peletakan jawatan Muhyiddin dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta-merta.

Susulan itu, Seri Paduka juga bertitah supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara sehingga perdana menteri baru dilantik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS