Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri PN ucap selamat tinggal di media sosial

Beberapa menteri Kabinet menggunakan media sosial untuk mengucapkan “selamat tinggal”, tidak lama selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Antaranya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang memuat naik catatan di Instagram, mengesahkan bahawa Kabinet telah mengemukakan peletakan jawatan kepada Seri Paduka.

“Terima kasih di atas peluang untuk sekali lagi berkhidmat untuk negara, semoga Allah merahmati Malaysia,” tulis beliau dalam instastory.

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet kira-kira tiga jam di Perdana Putra di Putrajaya, belum menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada tengah hari.

Bagaimanapun, setakat berita ini dikeluarkan, masih belum ada pengumuman rasmi berhubung status kerajaan Perikatan Nasional (PN). Muhyiddin dijangka membuat pengumuman khas mengenainya petang ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS