Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
20,546 kes baru, 282 meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 15, 2021 4:10 PM
Dikemaskini: 12:48 PM

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 20,546 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jangkitan keseluruhan di Malaysia sebanyak 1,404,899 kes.

Ini merupakan hari kelima berturut-turut kes baru dilaporkan melangkaui 20,000 kes.

Kuala Lumpur dan tujuh negeri - Selangor, Sabah, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan - mencatatkan kes baru melebihi 1,000.

Sementara itu, Pahang merekodkan kes baru tertinggi yang pernah dilaporkan di negeri itu dengan 926 kes.

Sarawak pula dengan 963 kes baru - angka kedua tertinggi yang pernah dicatatkan. Negeri itu hanya mencatatkan kes baru lebih 1,000 hanya sekali, iaitu pada 12 Ogos lalu (1,216 kes).

  • Pesakit sembuh: 16,945
  • Kes baru: 20,546
  • Kes aktif: 247,261
  • Pesakit dalam ICU: 1,059
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 526
  • Kematian : 282 kes 

Setakat semalam, kadar R-naught seluruh negara adalah 1.05. Kadar lebih daripada 1.00 menunjukkan penularan yang meningkat.

Perlis mencatatkn kadar R-naught tertinggi dengan 1.47 diikuti Kelantan dengan 1.20.

Hanya Labuan dan Putrajaya yang mencatatkan kadar di bawah 1.00.

Kematian

Seramai 282 pesakit Covid-19 yang dilaporkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah korban di Malaysia setakat ini seramai 12,510 orang.

Kematian baru dilaporkan berlaku di Selangor (108), Kuala Lumpur (45), Johor (44), Pulau Pinang (24), Kedah (15), Perak (13), Sabah (9), Sarawak (6), Melaka (6), Negeri Sembilan (5), Pahang (4) dan Kelantan (3).

Seramai 101 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital. Seramai 82 mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit lain.

Kluster

Sebanyak 29 lagi kluster baru dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 1,317 kluster.

Sebanyak 17 kluster baru dalam kategori tempat kerja, diikuti dengan 10 kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS