Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PLUS lakukan penyelenggaraan jalan di Jambatan PP esok

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan jalan berjadual dari Isnin hingga 30 Dis ini bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, dalam kenyataan semalam berkata kerja penyenggaraan jalan itu akan dilaksanakan secara berperingkat antara KM0.2 hingga KM8.3 dari Perai ke pulau.

Katanya ia dijadualkan berjalan hanya dari jam 10 malam hingga 6 pagi bagi mengurangkan gangguan lalu-lintas.

Zakaria berkata bagi memudah cara kerja penyenggaraan, penutupan laluan akan diaktifkan secara berperingkat untuk mengekalkan dua laluan yang boleh dilalui sepanjang masa.

“PLUS akan memastikan maklumat lalu-lintas, termasuk penutupan lorong di atas jambatan disebarkan kepada orang awam secara berterusan menerusi papan tanda elektronik di lokasi strategik menuju ke Jambatan Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, semasa kerja penyenggaraan di lorong tengah, lorong kanan perlu ditutup bagi tujuan keselamatan.

"Justeru, hanya lorong kiri boleh dilalui. Jika ada keperluan , lorong kanan akan dibuka kepada pengguna lalu lintas,” katanya.

"Oleh itu, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan merancang perjalanan mereka atau menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh itu,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS