Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TPM menghadap sultan Johor
Diterbitkan:  Aug 13, 2021 3:40 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Menurut makluman di Facebook baginda, Ismail tiba kira-kira 10.45 pagi dan pertemuan berlangsung selama lebih sejam.

Butiran lanjut perjumpaan tidak didedahkan.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga menghadap sultan Johor di istana sama, yang antaranya mempersembahkan mengenai “perkembangan negara”.

Sesi menghadap itu berlangsung di tengah-tengah persoalan berhubung keabsahan Muhyiddin selaku perdana menteri, selepas sejumlah ahli parlimen Umno menarik balik sokongan.

Dalam ucapan perasmiannya di DUN Johor semalam, baginda memberi amaran membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ada sebarang usaha menjatuhkan kerajaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS