Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemuda Umno lapor polis susulan surat didakwa dari speaker
Diterbitkan:  Aug 12, 2021 5:52 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis berhubung keabsahan status Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengikut Perlembagaan Persekutuan, kata ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf berkata laporan itu dibuat susulan makluman Presiden Umno Zahid Hamidi kepada Yang Di-Pertuan Agong dan 14 akuan anggota parlimen yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Kata Asyraf, dengan penarikan balik sokongan itu, Muhyiddin hanya mempunyai sokongan 100 anggota parlimen.


Baca: Istana utus surat mahu tahu jumlah sokongan pada Muhyiddin


Asyraf juga membangkitkan laporan MalaysiaPost  yang mendakwa Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menjawab surat istana, memaklumkan Muhyiddin mempunyai 100 sokongan.

“Pemuda Umno meminta agar Yang Dipertua Dewan Rakyat segera menafikan surat yang ditularkan, walaupun dalam MalaysiaPortal menyebut beliau tidak mahu komen mengenainya kerana melibatkan Istana Negara.

“Kegagalan melakukannya hanya mengesahkan surat tersebut dan menzahirkan bahawa Perdana Menteri secara rasmi sudah sah hilang majoriti,” katanya.

Azhar Harun

Asyraf tidak menjelaskan bila dan di balai mana laporan polis itu dibuat.

Malaysiapost melaporkan Azhar enggan mengulas berkaitan dakwaan maklumannya kepada istana.

Malaysiakini sudah menghubungi Azhar dan masih menunggu penjelasannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS