Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahli ‘blur’, bekas SUA keluar MIC
Diterbitkan:  Aug 12, 2021 1:54 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Ahli MIC keliru dengan keputusan pimpinan yang menjarakkan diri dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kata bekas setiausaha agung MIC G Kumar Aamaan.

Kumar menyifatkan keputusan MIC tidak bersama Zahid menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai menggadaikan masa depan parti.

"Ramai ahli MIC blur dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang masih ingin bersama Muhyiddin yang jelas gagal dalam mengemudi kerajaan dalam mengekang pandemik Covid-19.

"Ini kerana, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini telah pun dilabel sebagai penderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia justeru mengumumkan keluar parti yang didakwanya tidak lagi mempunyai masa depan dan hala tuju.

“Mampukah parti (MIC) menawan pengundi Melayu tanpa Umno?” soalnya.

Kumar merupakan penyokong setia bekas presiden MIC G Palanivel.

Dia dilantik sebagai setiausaha agung sebelum keluar parti ketika krisis dalaman MIC antara Palanivel dan Dr S Subramaniam.

Dia kembali menjadi ahli MIC selepas SA Vigneswaran mengambil alih pucuk pimpinan parti.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS