Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersih: Kaji semula sempadan p‘raya sebelum PRU15
Diterbitkan:  Aug 12, 2021 1:28 PM
Dikemaskini: 5:28 AM

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa persempadanan pilihan raya dikaji semula sebelum pilihan raya umum ke-15.

Katanya, kerajaan negeri yang berfikiran reformasi mesti proaktif “memimpin pembaharuan” sekiranya kerajaan persekutuan enggan melakukannya.

Gesaan itu dibuat selepas Bersih hari ini melancarkan laporan berkaitan kebolehlaksanaan perwakilan saksama di Pulau Pinang.

Kajian itu mengkaji masalah persempadanan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan menjalankan simulasi persempadanan untuk mengurangkan masalah ketidaksekataan (malapportionment) dan gerimander (gerrymandering).

Kajian sama turut dijalankan di Selangor dan Negeri Sembilan tetapi dapatannya belum diumumkan.

Dalam kenyataan hari ini, Bersih berkata masalah ketidaksekataan akan lebih serius apabila penurunan usia mengundi kepada 18 tahun (Undi18) dan pendaftaran pemilih automatik (AVR) dilaksanakan.

Katanya, golongan muda kebanyakan tinggal di kawasan bandar bagi mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.

"Pada masa ini, jumlah pengundi di kawasan bandar sudah jauh lebih tinggi daripada di kawasan luar bandar, sekitar tiga hingga empat kali ganda.

"Jurangnya mungkin menjadi enam hingga lapan kali ganda selepas Undi18 dan AVR berkuatkuasa,” kata Bersih.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS