Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
9,516,141 lengkapkan dua dos vaksin setakat semalam - Adham

Sebanyak 25,863,563 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 16,347,422 orang menerima suntikan dos pertama manakala 9,516,141 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 50.1 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 29.1 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.

Dengan ini, sebanyak 69.8 peratus penduduk dewasa telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, manakala 40.7 peratus terima dos kedua, setakat semalam.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 497,352 dos diberikan semalam dengan 227,506 adalah pemberian dos pertama manakala 269,846 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS