Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kecewa dengan kadar vaksinasi perlahan khususnya di Bentong, Pahang, seorang wakil rakyat DAP menggesa pembangkang dan kerajaan sama-masa mengatasi masalah rakyat, bukannya bergelut untuk berkuasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabai, Kamache Doray Rajoo, berkata Bentong sangat memerlukan vaksin, bukan politik.

"Kita masih jauh lagi untuk capai imuniti kelompok. Ini tidak baik. Saya tengok pemimpin-pemimpin lebih pentingkan diri.

"Majoritilah, ini dan itu. Apa yang lebih penting sekarang?

"Saya juga bercakap tentang pembangkang, jangan asyik nak tukar kerajaan saja tahu.

"Anda tukar kerajaan apa yang boleh buat. Orang mati, siapa peduli tentang semua ini," katanya kepada Malaysiakini.

Kamche berkata, Bentong mempunyai 95, 200 individu yang telah mendaftar atau layak mendapat vaksin, tetapi sehingga 31 Julai, hanya 25 peratus yang divaksinasi sepenuhnya.

Katanya, daerah berkenaan memiliki tujuh klinik kerajaan, masing-masing mampu memberikan hingga 200 dos vaksin sehari, atau 1,400 dos seminggu.

Untuk mengatasi masalah itu, Kamache memetik sumber yang mengatakan bahawa sepanjang bulan Ogos, hanya ada bekalan vaksin yang mencukupi untuk janji temu dos kedua.

"Selama satu bulan, tidak ada vaksinasi dos pertama," katanya.

Malaysiakini cuba mendapatkan pengesahan dakwaan itu dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Antara mereka yang terjejas disebabkan kekurangan itu kata Kamache, adalah warga emas yang tinggal di rumah orang tua tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, dia telah berusaha mencari jalan keluar untuk mendapatkan vaksin bagi warga emas sejak bulan Jun, tetapi tidak berhasil.

"Bentong adalah daerah yang rentan, kami memerlukan lebih banyak vaksin," katanya.

Terdapat 95 kes baru Covid-19 di Bentong semalam, menjadikan jumlah kes aktif meningkat kepada 1,378 - kedua tertinggi di Pahang, selepas Kuantan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS