Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rasuah: Datuk Bandar Johor Bahru direman 3 hari
Diterbitkan:  Aug 11, 2021 9:19 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

Datuk Bandar Johor Bahru, Adib Azhari Daud direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Bernama melaporkan, perintah reman ke atas pegawai kanan berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Permohonan reman itu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Adib yang memakai baju lokap SPRM dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret pada kira-kira 9 pagi dengan diiringi pegawai SPRM. 

Semalam, Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias ​​mengesahkan penahanan berkenaan.

Menurut laporan media, Adib ditahan di pejabat SPRM Johor setelah disoal siasat berkaitan dakwaan menerima rasuah daripada kontraktor untuk meluluskan projek.

Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika dia memegang jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri antara Nov 2017 hingga Nov 2019.

Ini merupakan kali pertama seorang datuk bandar yang masih memegang jawatan ditahan kerana disyaki melakukan rasuah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS