Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat gambar tular bendera Malaysia terbalik
Diterbitkan:  Aug 9, 2021 10:11 PM
Dikemaskini: 2:11 PM

Polis sedang menyiasat satu gambar memaparkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) yang dipasang secara terbalik, yang tular di media sosial, dipercayai berlaku di Batu Pahat, Johor ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata pihaknya mengesan gambar berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang tadi, dipercayai dipasang di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) DUN Penggaram, di Batu Pahat.

Katanya bertindak atas maklumat yang diterima, pada pukul 3.45 petang pihaknya telah ke lokasi berkenaan dan mendapati bendera itu telah diturunkan selain bangunan itu telah ditutup.

“Kini pihak polis sedang berusaha mengesan pekerja dan penyelia PDK berkenaan untuk membantu siasatan," kata beliau dalam satu kenyataan, malam ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS