Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
17,236 kes baru, 212 lagi kematian
Diterbitkan:  Aug 9, 2021 4:04 PM
Dikemaskini: 12:24 PM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 17,236 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Setakat malam tadi, anggaran kadar kebolehjangkitan R-naught adalah 1.07 dan menyaksikan penurunan selama dua hari berturut-turut. Kadar lebih daripada 1.00 menandakan penularan yang meningkat.

Hanya Perlis dan Labuan memiliki kadar R-naught kurang daripada 1.00.

Lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kes harian lebih 1,000 jangkitan.

Lembah Klang masih merekodkan kes harian tertinggi dengan Selangor 5,740 kes, Kuala Lumpur 1,567 kes,  Kedah 1,328 kes, Sabah 1,247 kes, Johor 1,232 kes dan Negeri Sembilan 1,215 kes.

Sementara itu, 212 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 10,961 orang setakat ini.

Seramai 1,095 pesakit sedang mendapat rawatan di ICU dengan 579 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Status ringkas:

  • Kes sembuh : 15,187 kes (1,041,585 kes kumulatif, 81.4%);
  • Kes baru : 17,236 kes (1,279,776 kes kumulatif);
  • Kes import : 29 kes (17 warganegara, 12 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,207 [14,437 warganegara (83.9%); 2,770 bukan warganegara (16.1%)];
  • Kes aktif : 227,230 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,095 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 579 kes;
  • Kes kematian : 212 kes [10,961 kes kumulatif, 0.86%; 186 warganegara, 26 bukan warganegara; 16 kes BID (14 warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,974 kluster;
  • Jumlah kluster baru : 36 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,742 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,232 kluster.

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (5,740)
  • Kuala Lumpur (1,567)
  • Kedah (1,328)
  • Sabah (1,247)
  • Johor (1,232)
  • Negeri Sembilan (1,215)
  • Perak (935)
  • Kelantan (914)
  • Pulau Pinang (908)
  • Pahang (604)
  • Sarawak (589)
  • Terengganu (501)
  • Melaka (360)
  • Putrajaya (66)
  • Perlis (22)
  • Labuan (8)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS