Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki mogok lapar didatangi anggota polis 'ramah'

Nathaniel Tan, individu yang mengadakan mogok lapar bagi menggesa lima tuntutan kepada kerajaan berkata dia didatangi empat kumpulan anggota polis dalam tempoh 24 jam.

Ketika dihubungi, perunding komunikasi strategik itu memberitahu Malaysiakini anggota berkenaan adalah dari Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

"Mereka bertanya kepada saya 'Apa yang kamu lakukan di sini?' 'Tentang apa ini?' Apa yang kamu minta?

"Mereka hanya mahukan gambaran yang lebih jelas," katanya kepada Malaysiakini.

Tan semalam mengemukakan lima tuntutan di Facebok, termasuk kuasa membuat keputusan berhubung soal Covid-19 diletakkan sepenuhnya di tangan pakar.

Dia juga menuntut agar petugas barisan hadapan diberi perlindungan bagi mendedahkan keadaan sebenar di lapangan tanpa kebimbangan dikenakan tindakan.

Ditanya sama ada polis mengancam untuk mengambil tindakan terhadapnya, Tan berkata dia diingatkan untuk mematuhi semua SOP Covid-19.

"Saya tak ada kompelin. Mereka sangat sopan dan ramah," tambahnya.

Tan berkata, dia setakat ini tidak makan dan hanya meminum air, serta tidak pasti berapa lama mogok lapar itu akan berlangsung.

Mengakui tidak semua orang boleh melakukan mogok lapar, Tan berkata ada bentuk tindakan lain yang boleh diambil oleh orang ramai.

Penyokongnya menyatakan sokongan terhadap tuntutan Tan di Facebook dan juga cadangan mengenai cara lain untuk menyampaikan sumbangan.

Malaysia hari ini mencatatkan rekod tertinggi dengan 20,596 kes Covid-19 baru setakat tengah hari tadi. 

Selangor mencatatkan 8,549 kes, manakala kes di Pulau Pinang meningkat kepada kepada  1,022.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS