Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rekod tertinggi 20,596 kes baru, jumlah korban kini lepasi 10,000
Diterbitkan:  Aug 5, 2021 3:17 PM
Dikemaskini: 12:26 PM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 20,596 kes baru Covid-19 - memecahkan rekod baru yang dilaporkan semalam.

Selangor juga mencatatkan kes baru tertinggi dengan 8,549 kes, manakala Pulau Pinang buat pertama kali melaporkan kes baru lebih 1,000 (1,022 kes baru).

Berikut status utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 13,893
  • Kes baru: 20,596
  • Kematian: 164 (jumlah keseluruhan - 10,019)
  • Pesakit dalam ICU: 1,078
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 549

Kematian

Dengan 164 kematian yang dilaporkan hari ini, jumlah kumulatif korban wabak Covid-19 kini mencecah 10,019 orang.

Kes kematian hari ini dilaporkan di Selangor (45), Johor (27), Kuala Lumpur (24), Kedah (18), Perak (10), Sabah (9), Pulau Pinang (9), Melaka( 9), Negeri Sembilan (7), Sarawak (2), Pahang (2), Kelantan (1) dan Terengganu (1).

Seramai 22 pesakit meninggal dunia tanpa sempat dirawat di hospital.

Kluster

Terdapat 33 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif semasa sebanyak 1,177 kluster.

Daripada jumlah itu, sebanyak 18 kluster dalam kategori tempat kerja, 12 kluster tempat kerja, dua kluster pusat tahanan dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS