Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahdzir 'tak tahu-menahu' dakwaan dilantik jadi menteri tenaga
Diterbitkan:  Aug 4, 2021 4:42 PM
Dikemaskini: 8:45 AM

Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid berkata dia tidak tahu-menahu berkenaan khabar dilantik sebagai menteri Tenaga dan Sumber Asli bagi menggantikan Shamsul Anuar Nasarah.

"Saya tidak ada menerima sebarang makluman mengenai berita yang disebarkan sejak semalam," ciap Mahdzir.

Ciapan itu turut melampirkan laporan berhubung perkara itu yang antara lain mendakwa pelantikannya berkuat kuasa 9 Ogos ini.

Pada petang semalam, Shamsul membuat pengumuman mengejutkan dengan meletakkan jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli.

Shamsul berkata langkah itu diambil susulan pendirian Umno yang menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Perletakan jawatan itu pula disusuli pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Zahid juga berkata dia telah menyerahkan surat akuan ditandatangani ahli parlimen Umno “yang mencukupi” kepada Yang di-Pertuan Agong, sekali gus menandakan Muhyidin sudah hilang majoriti.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS