Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Saya pelihara perlembagaan tapi dituduh derhaka pada raja’
Diterbitkan:  Aug 4, 2021 12:55 PM
Dikemaskini: 5:48 AM

  • Dikemas kini dengan berita penuh.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyelar tuduhan derhaka kepada raja yang dilemparkan padanya.

Sedangkan, kata anggota parlimen Pagoh, apa yang dilakukannya semata-mata untuk memelihara keluhuran perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi raja berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada raja dan negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan.

“Saya doakan agar rakyat dan negara kita terus dilindungi oleh Allah SWT dan kepada-Nya jualah kita berserah,” katanya dalam perutusan khas sebentar tadi.

Sebelum ini kecoh di parlimen selepas kerajaan berkata ordinat darurat telah dibatalkan pada 21 Julai.

Istana kemudian mengeluarkan kenyataan media menyatakan perasaan amat dukacita Agong.

Menurut istana, baginda tidak pernah memberi perkenan kerana mahukan ia dirungkai di parlimen.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum ini mempertahankan tindakan mereka sebagai teratur dan selaras dengan undang-undang serta perlembagaan.

PMO antaranya berhujah, mengikut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, Agong perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

Ekoran daripada itu, banyak pihak yang menyifatkan tindakan Muhyiddin itu sebagai melanggar sumpah jawatannya untuk taat setia kepada Agong dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, perdana menteri dan seluruh kabinet perlu mempertimbangkan untuk mengundurkan diri dalam memikul tanggungjawab secara bersama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS