Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua wanita ditahan edar 2.9kg heroin, 250 paket ganja

Dua wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengedaran pelbagai jenis dadah menerusi serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata siasatan awal mendapati kedua-duanya yang berumur 31 dan 35 tahun itu memiliki rekod jenayah dengan seorang daripadanya disyaki terlibat dalam kegiatan itu lebih kurang 10 tahun.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam bilik di unit pangsapuri itu, polis menemukan 1,480 paket plastik disyaki heroin seberat 2,997 gram dan 250 paket plastik disyaki ganja seberat 261 gram.

Menurutnya siasatan turut mendapati dadah itu dipasarkan di sekitar kawasan Lembah Klang dan keseluruhan dadah yang dirampas mampu dibekalkan kepada 1,730 pengguna.

“Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Basri berkata kedua-dua wanita yang positif dadah jenis amphetamine dan ganja itu kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS