Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
11 juta penduduk Wuhan akan disaring lepas kes baru dikesan
Diterbitkan:  Aug 3, 2021 5:44 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Pihak berkuasa bandar Wuhan,China, tempat pertama virus COVID-19 dikesan, memutuskan untuk melakukan ujian saringan terhadap keseluruhan 11 juta penduduknya di bandar ini selepas beberapa kes baharu dikesan, kata kerajaan tempatan pada Selasa.

Awal hari ini, China melaporkan 90 kes bergejala dan 41 kes tidak bergejala.

Tiga kes bergejala dan lima tidak bergejala dilaporkan di Wuhan, menyebabkan pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan sebatang jalan di bandar itu sebagai zon berisiko berdasarkan purata epedemiologi dan melaksanakan kuarantin, lapor Sputnik.

"Timbalan Setiausaha Kerajaan Wuhan, Li Tao, telah mengumumkan Wuhan akan melancarkan ujian saringan COVID-19 terhadap seluruh penduduk," menurut kerajaan Wuhan dalam satu kenyataan.

Sejak pandemik menular, Wuhan telah mencatatkan 50,399 jangkitan, termasuk 46,512 kes pemulihan dan 3,869 kematian. Sejak awal Ogos, 18 orang menerima rawatan di hospital.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS