Sebanyak 17,105 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak 1,163,291 kes.
Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 5,836 kes dikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,309 kes.
Sementara itu Johor, Kedah dan Sabah masing-masing mencatatkan lebih 1,000 kes jangkitan Covid-19.
Seramai 12,297 pesakit sembuh sepenuhnya, namun jumlah itu lebih rendah berbanding jangkitan baru, yang kini menyumbang lebih 200,000 kes aktif.
Kes aktif: 203,664
Pesakit di ICU: 1,066
Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 537
Kematian
Sebanyak 195 lagi kematian dilapor hari ini menjadikan angka korban meningkat seramai 9,598 orang.
Kes baru mengikut negeri:
Selangor - 5,836
Kuala Lumpur - 2,309
Johor - 1,275
Kedah - 1,036
Sabah - 1,010
Perak - 967
Kelantan - 915
Pahang - 628
Negeri Sembilan - 816
Pulau Pinang - 798
Melaka - 508
Sarawak - 494
Terengganu - 429
Putrajaya - 72
Perlis - 7
Labuan - 5