Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir gesa tingkatkan kapasiti vaksin kepada 800,000 sehari
Diterbitkan:  Aug 2, 2021 5:55 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan perlu meningkatkan kapasiti suntikan vaksin harian kepada 800,000 dos sehari.

Bekas perdana menteri itu berkata langkah itu perlu diambil antaranya susulan proses kuarantin yang didakwa kurang berkesan.

"Saya ucap tahniah kerana usaha Kerajaan tingkatkan jumlah suntikan vaksin. 500,000 sehari boleh kurangkan kes baru.

"Tetapi, saya berpendapat jumlah perlu dinaikkan lagi kepada 800,000 sehari kerana peningkatan kes baru disebabkan terlalu ramai dari yang sudah dijangkiti berada disekeliling kita yang tidak dapat dikuarantin dengan berkesan.

"Mereka terpaksa ada di rumah di mana ada yang belum dijangkiti. Mereka juga tidak patuh kepada SOP sepenuhnya," katanya dalam blognya Chedet.cc.

Untuk rekod, kadar pemberian vaksin harian negara menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini mencatatkan lebih 500,000 dos sehari.

Malaysia sebelum ini meletakkan sasaran kadar vaksinasi 300,000 dos sehari.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS