Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
15,764 kes baru Covid-19, rekod kematian 219
Diterbitkan:  Aug 2, 2021 3:14 PM
Dikemaskini: 12:34 PM

Jumlah jangkitan Covid-19 baru hari ini adalah 15,764, yang merupakan penurunan daripada jumlah 17,150 kes semalam.

Ini bererti jumlah kumulatif kes sekarang adalah 1,146,186 kes dengan Kedah, Johor dan Sabah semuanya mencatatkan lebih 1,000 kes.

Selangor dan Kuala Lumpur kekal menjadi kawasan yang mencatatkan paling banyak kes.

Lembah Klang menyumbang 48.54 peratus (7,649 kes) jangkitan baru yang ditularkan secara tempatan.

Sebanyak 11,767 pesakit Covid-19 pulih hari ini tetapi jumlah itu diatasi jangkitan baru, yang menyumbang kepada peningkatan kes aktif yang kini menghampiri 200,000.

Kes aktif: 199,051
Pesakit di ICU: 1,063
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 532

Kematian

Seramai 219 orang menjadi korban akibat Covid-19 hari ini. Angka itu merupakan rekod baru.

Rekod sebelumnya adalah 207 kematian dalam satu hari, yang dicatat secara berturut-turut pada 26 dan 27 Julai.

Angka kematian keseluruhan kini berjumlah 9,403 orang.

Kes baru mengikut negeri:

Selangor (6067)
Kuala Lumpur (1536)
Johor (1222)
Sabah (1166)
Kedah (1108)
Negeri Sembilan (862)
Perak (748)
Pulau Pinang (667)
Kelantan (552)
Pahang (475)
Melaka (463)
Terengganu (425)
Sarawak (411)
Putrajaya (46)
Perlis (9)
Labuan (7)

Kluster

Sebanyak 1,128 daripada 3,731 kluster masih aktif. Ini termasuk 29 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Daripada 29 kluster baru hari ini, 13 berkaitan dengan tempat kerja sementara 11 merupakan penularan dalam komuniti.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Jalan Bestari Empat
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 45 daripada 104 disaring

Jalan Industri Lapan Emas
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Pontian
Jumlah yang dijangkiti: 24 dari 255 disaring

Batu 10 Skudai
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru dan Kulai
Jumlah yang dijangkiti: 19 daripada 112 disaring

Industri Lagenda Putra Lapan
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Kulai
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 96 disaring

Industri Perai Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan
Jumlah yang dijangkiti: 35 daripada 685 disaring

Lintang Batu Lanchang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Timur Laut dan Barat Daya
Jumlah yang dijangkiti: 24 dari 64 disaring

Zon Dagang Bebas Perai
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 37 disaring

Tapak Bina Batu Lima 2
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Lembah Pantai
Jumlah yang dijangkiti: 179 daripada 430 disaring

Jalan Pusat Bandar
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Kepong
Jumlah yang dijangkiti: 19 daripada 43 disaring

Sungai Enggang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pahang
Daerah: Rompin
Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 186 disaring

Kampung Tanjung Balok
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pahang
Daerah: Kuantan
Jumlah yang dijangkiti: 9 daripada 103 disaring

Sibulu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sabah
Daerah: Tenom
Jumlah yang dijangkiti: 55 daripada 114 disaring

Cabang Tiga Lemal
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Mas
Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 68 disaring

Paloh Gua Musang
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Gua Musang
Jumlah yang dijangkiti: 34 daripada 55 disaring

Aring Gua Musang
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Gua Musang
Jumlah yang dijangkiti: 32 daripada 37 disaring

Kampung Bukit Cina Kok Lanas
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Kota Bharu dan Machang
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 30 disaring

Cabang Empat Chetok 2
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Mas
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 25 disaring

Kampung Kubang Telaga
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Bachok
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 22 disaring

Kampung Dewan Kecil
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Machang
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 36 disaring

Kerteh Tiga
Kategori: Komuniti
Negeri: Terengganu
Daerah: Dungun
Jumlah yang dijangkiti: 60 daripada 222 disaring

Dah Kampung Tok
Kategori: Komuniti
Negeri: Kedah
Daerah: Kota Setar
Jumlah yang dijangkiti: 39 dari 114 disaring

Tembeling Tengah
Kategori: Komuniti
Negeri: Pahang
Daerah: Jerantut
Jumlah yang dijangkiti: 27 daripada 100 disaring

Kampung Esso Intan
Kategori: Komuniti
Negeri: Perak
Daerah: Hilir Perak
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 31 disaring

Kampung Raya Sagil
Kategori: Komuniti
Negeri: Johor
Daerah: Tangkak
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 16 disaring

Jalan Pekan Baru
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Selangor
Daerah: Klang
Jumlah yang dijangkiti: 24 dari 28 disaring

Jalan Hospital Bandar Kota Bharu
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Kelantan
Daerah: Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 50 disaring

Jalan Temenggong Ahmad
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Johor
Daerah: Muar
Jumlah yang dijangkiti: 9 daripada 51 disaring

Kampung Dalam Rhu Tumpat
Kategori: Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar KPM
Negeri: Kelantan
Daerah: Tumpat
Jumlah yang dijangkiti: 23 daripada 77 disaring

Kampung Belukar Kadok
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Kelantan
Daerah: Kota Bharu
Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 15 disaring


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS