Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis buru 4 tahanan lari dari pusat kuarantin Covid-19

Polis sedang memburu empat tahanan termasuk tiga warga Filipina yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di Penampang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata semua tahanan terbabit melarikan diri pada jam 3.30 pagi.

Katanya warga Filipina terbabit ialah Mohd Rahman Basir, 24, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, manakala seorang lagi merupakan warga tempatan, Arippian Abdul, 27.

"Tahanan itu dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke PKRC berkenaan pada 24 Julai lalu selepas disahkan positif Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai semua tahanan supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS