Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GPS: Darurat di S'wak boleh tamat lebih awal jika vaksinasi selesai Oktober
Diterbitkan:  Jul 31, 2021 4:07 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

GPS, gabungan parti kerajaan di Sarawak, memberi jaminan darurat di negeri itu mungkin akan ditamatkan lebih awal jika penduduk dewasa selesai diberi vaksin sepenuhnya pada bulan Oktober.

Perkara itu dimaklumkan selepas darurat diisytiharkan di Sarawak bagi mengelak pilihan raya diadakan ketika wabak Covid-19 masih belum ditangani sepenuhnya.

Darurat yang diisytiharkan di negeri itu akan berkuat kuasa pada 2 Ogos dan dijadual akan berakhir pada 2 Februari tahun depan. 

Periisytiharan di Sarawak itu dibuat kerana darurat seluruh negara akan berakhir esok (1 Ogos).

Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi berkata, pengisytiharan darurat di Sarawak adalah wajar.

"Bagaimanapun, GPS dan rakyat Sarawak berharap keadaan akan bertambah baik seiring dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick)  di mana 100 peratus populasi dewasa (di Sarawak) dijangka akan diberi vaksin sepenuhnya pada bulan Oktober.

"Perkembangan ini akan membolehkan banyak sekatan dilonggarkan dan orang dapat kembali kepada kehidupan normal mereka secara berperingkat.

"Dalam keadaan seperti itu, Yang Di-Pertuan Agong boleh memberikan persetujuan untuk mengakhiri proklamasi darurat lebih awal yang akan membolehkan pilihan raya negeri diadakan ...," katanya.

Alexander berkata GPS yakin dengan Yang Di-Pertuan Agong dan kebijaksanaan gabenor Sarawak mengenai perkara itu.

Tempoh lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berakhir pada 7 Jun, selepas itu pilihan raya negeri seharusnya diadakan dalam 60 hari tetapi ditangguhkan kerana proklamasi darurat.

Sementara itu, PKR Sarawak juga menyambut baik perisytiharan darurat di negeri berkenaan.

"PKR Sarawak mendesak semua pemimpin politik untuk memberikan contoh yang baik bagi rakyat yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan," kata ketua penerangan PKR, Abun Sui Anyit.

Dia menambah bahawa sebahagian wabak Covid-19 adalah berpunca daripada beberapa peristiwa dicetuskan kerajaan.

"Kami tidak darurat di Sarawak menjadi sia-sia," katanya.

Dia juga mengusulkan agar persidangan DUN diadakan dengan SOP yang ketat agar isu yang berkaitan, termasuk belanjawan negara, dapat ditangani dalam tempoh darurat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS