Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saman terhadap bekas pengerusi SCR, bekas CEO 1MDB dibatal

SRC International menarik balik tindakan sivil yang difailkan terhadap bekas pengerusinya Ismee Ismail dan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

SRC, yang merupakan bekas subsidiari 1MDB, memfailkan notis pemberhentian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Julai lalu.

Menurut salinan dua notis yang dilihat Malaysiakini, SRC menarik balik samannya tanpa kebebasan untuk pemfailan baru.

Justeru, kini tindakan sivil itu hanya terhadap lima defendan, iaitu bekas perdana menteri Najib Razak; tiga bekas pengarah SRC Suboh Md Yassin, Mohammed Azhar Osman Khairuddin dan Che Abdullah @ Rashidi Che Omar; serta bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi peguam SRC untuk mendapatkan respons berkenaan perkara ini.

Saman itu adalah sebahagian daripada 22 tindakan sivil terhadap pelbagai individu dan entiti kerana didakwa menipunya, sama ada secara dalam pengetahuan atau tidak.

Pada 26 Julai lalu, saman terhadap peguam Brian Chia Hock Gee dan firma guaman Wong & Partners turut dibatalkan.

Terdahulu, The Edge Markets melaporkan keseluruhan tindakan itu menuntut kira-kira AS$23 bilion (RM94.4 bilion) daripada pelbagai defendan.

Antara individu yang dinamakan sebagai defendan dalam tindakan sivil itu adalah bekas perdana menteri Najib Razak, bekas pengerusi 1MDB Che Lodin Wok Kamaruddin dan tiga bekas CEO 1MDB iaitu Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Mohd Hazem Abdul Rahman dan Arul Kanda Kandasamy.

Beberapa ahli keluarga ahli perniagaan Low Taek Jho turut dinamakan, termasuk bapanya Larry Low Hock Peng dan kakanya Low May Lin.

Sekutu Jho Low yang dinamakan pula adalah Eric Tan Kim Loong dan Tarek Obaid, yang merupakan pengasas Petrosaudi International Ltd.

Antara entiti yang dimakan adalah Deutsche Bank (Malaysia) Ltd, Coutts & Co Ltd dan JP Morgan (Switzerland) Ltd.

Menurut laporan The Edge Markets sebelum ini, sumber yang arif berkenaan tindakan itu berkata perbicaraan jenayah berkaitan skandal 1MDB berjalan terlalu perlahan dan saman sivil itu akan menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serius terhadap isu itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS